Peta Eropah
Peta ini menjadi sumber rujukan tempat dan negara yang ingin aku lawati ketika aku mengembara ke negara negara Eropah. Mulanya, hendak ke London dan Paris sahaja tetapi suamiku ingin merasai pengalaman memandu kereta di negara Eropah lebih lebih lagi di Jerman yang dikatakan tidak ada had limit kelajuan di motorway mereka manakala kenderaan pula di pandu di bahagian kiri berbanding di Malaysia.
Peta ini menjadi sumber rujukan tempat dan negara yang ingin aku lawati ketika aku mengembara ke negara negara Eropah. Mulanya, hendak ke London dan Paris sahaja tetapi suamiku ingin merasai pengalaman memandu kereta di negara Eropah lebih lebih lagi di Jerman yang dikatakan tidak ada had limit kelajuan di motorway mereka manakala kenderaan pula di pandu di bahagian kiri berbanding di Malaysia.
Lesen memandu Malaysia tidak menjadi hal kerana dengan hanya bayaran rm20 di JPJ , sudah boleh digunakan di sini. Kereta yang disewa termasuk insurans, gps dan dipandu secara automatik.
Jika diteliti peta perjalanan ku ke negara negara yang aku pergi jelas menunjukkan satu pusingan. Ini berdasarkan tiket kapal terbang yang aku beli iaitu KUL - LHR dan LHR-KUL. Tahun lepas( 2017) aku mengambil penerbangan multicity iaitu KUL-CDG dan LHR - KUL. Corak perjalananku sudah bertukar menjadi separuh pusingan pula.
Kali ini hanya sekali sahaja aku menyeberangi Selat Inggeris dengan menaiki feri di Calais. Calais berada dalam negara Perancis. Banyak pendatang haram yang berlindung di sini kerana ia merupakan pintu masuk melalui laut ke negara Eropah yang lain.
Setiap bandar yang aku lawati akan bergantung kepada waktu dan masa perjalanan untuk sampai ke sesebuah bandar itu. Aku tidak pernah memandu pada waktu malam di negara negara ini kerana bimbang keselamatan diri.
Alhamdulillah, suami dapat menyesuaikan diri dengan cepat apabila memandu di sebelah kiri. Walaupun sudah ada gps di dalam kereta , kami menggunakan gps sendiri. Hal ini kerana beliau sudah memuat turun di Malaysia setiap perjalanan ke tempat atau bandar yang akan kami singgahi di dalam gps ini.
Apabila memulakan pemanduan,aku akan menggunakan gps ini.Mulanya menggunakan audio Bahasa Inggeris tetapi sedikit keliru kerana arahan ‘left atau right’ jalan. Adakah ‘left atau right ‘ itu sama seperti jalan raya di Malaysia. Kenderaan di negara Eropah akan dipandu sebelah kiri manakala memandu pula di jalan raya sebelah kanan . Negara UK sama cara pemanduannya dengan negara Malaysia. Lantas aku menggunakan audio Bahasa Indonesia yang kadang kala kami akan ketawa apabila mendengar arahan dalam bahasa tersebut.
Sepanjang memandu menggunakan kereta ke negara Eropah ini tidak pernah berlaku perkara yang tidak diingini. Keretapun tidak pernah rosak kerana kereta yang diberi adalah kereta yang baharu ,semua lengkap, ada pendingin udara, malahan kerusi yang kita duduki juga ada pemanas.
Adalah beberapa peristiwa yang menakutkan tetapi bertukar pula menjadi kenangan manis apabila diingat semula. Yang pertamanya berlaku di tengah jalan raya yang sesak dalam perjalanan menuju ke hotel di bandar Rotterdam. Negara Eropah cepat gelap walaupun baru pukul 5.00 petang. Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemuda bersama dua orang lagi penumpangmembunyikan hon betul betul di sebelah keretaku di tengah jalan raya yang ‘jem’ itu . Pemandu kereta itu membuka tingkap dan bertanyakan soalan ‘ do you need help ‘ Suamiku menggelengkan kepala dan menjawab ‘ no ‘sambil tersenyum. Lama juga mereka mengekori keretaku . 😭
Disini juga aku pernah kena marah dengan seorang perempuan yang aku gelarkan Makcik Rotterdam. Masa tu aku sedang melihat ayam panggang dan sosej yang ada di gerai Christmas Market itu. Tiba tiba aku terdengar orang perempuan bercakap kuat dengan aku. Aku tak faham, lalu aku tanya ‘ do you speak English’ . `Nay ` dia jawab. No lah tu maksudnya. Makcik Rotterdam tu fashionable orangnya, memakai pakaian macam orang bekerja di pejabat , berkasut tinggi dan bersanggul rapi serta membawa beg seperti datin lagaknya. 🙃
Peristiwa seterusnya pula kena tahan dengan polizei semasa dalam perjalanan ke Engelberg di Swiss. Polizei menahan keretaku dalam sekatan jalan raya dan meminta lesen memandu suamiku. Selepas itu dia meminta ‘vignette’iaitu stiker yang perlu dilekatkan di cermin depan kereta jika memandu di Switzerland. Stiker itu boleh dibeli di pejabat pos di negara itu dengan harga CHF40. Suami meminta maaf kepada abang polizei itu kerana tidak tahu mengenai perkara ini. Nasib baik tidak disaman dan dibenarkan meneruskan perjalanan.
Aku pula tidak masuk campur hanya memandang polizei itu. Kacak orangnya. Hidung mancung, kulit putih dan tinggi. Dahlah memakai baju seragam polis yang lengkap, muda pula , fuh ... orang Switzerland memang handsome handsome belaka😊
Peristiwa yang ke empat pula ketika di Croydon. Ketika itu aku ingin keluar menaiki train ke London bridge. Croydon ni tempatnya di east London. Terperanjat aku apabila melihat gate masuk ke stesyen keretapi itu ditutup. Kebetulan pula terdapat seorang pekerja yang berdiri berhampiran tempat itu. Aku pun bertanyalah kepadanya , ‘ Sir , when the railway station will be reopened ‘ Patut ke orang tu jawab kat aku ‘ How many years you have stay here ‘ Aku pun cakaplah , ‘Sir, I came here yesterday’ Pastu dia buat tak reti aje kat aku. Rupanya pada hari Krismas ,25 Disember memang railway station ditutup.Kiranya dua kalilah aku kena marah ketika mengembara di luar negara.🤣
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete