Tuesday, December 4, 2018

Geneva

Kebiasaannya , aku akan menaiki feri di Dover,UK menuju ke Calais dan mengambil kereta sewa di sini,  memulangkan di Metro Station Gare Du Nord, France serta menaiki keretapi untuk masuk ke UK semula. Menaiki feri menyeberangi  English Channel  dan melalui Channel Tunnel dengan keretapi laju ‘Eurostar’ begitu mengujakan aku sekeluarga.
         Pada tahun ini berlainan pula kerana aku ke Kota Paris dahulu. Pengembaraan aku akan bermula dari  negara Perancis, Switzerland, Italy, masuk Switzerland semula, Deutschland, (Jerman) Netherlands (Belanda) dan UK. Semua bayaran  penginapan dan pengangkutan sepanjang aku berada di Eropah telah siap dibayar di Malaysia.
           Ini merupakan kali ke empat aku datang ke bandar Geneva. Bandar ini merupakan ibu pejabat UN. Selalunya aku akan tinggal di sini selama dua hari. Pelancong yang menginap di hotel akan diberi pas untuk menaiki tren atau bot secara percuma. 
          Yang menjadi tarikan di sini ialah Lake Geneva. Air tasiknya sangat  jernih dan kawasannya sangat luas. Pemandangannya menghadap gunung gunung yang diselaputi salji memutih begitu mendamaikan hatiku. Terdapat air yang memancut setinggi 140 meter  iaitu Jet d’eau, Geneva. Angsa angsa di tasik ini besar besar belaka . Banyak  juga itik  dan burung laut di sini. Aku suka melihat angsa dan itik ketika mereka menyudu di dalam air. Nampak badan mereka yang menungging sahaja di atas air kerana paruh telah berada di dalam air.😆
           Hotel yang aku duduki ini ada sarapan. Aku akan makan roti , buahan, cornflakes, yogurt dan minum kopi/teh , susu, air putih atau oren. Cuma ini sahajalah yang boleh dimakan. Sarapan pagi mereka tidaklah berat sangat seperti kita. Sarapan mereka ala ala English breakfast. Tengah hari aku akan makan burger dan malamnya aku akan membeli nasi atau kebab dan makan di bilik. 
           Keadaan cuaca di sini sangat sejuk terpaksa memakai baju yang berlapis dan sarung tangan apabila keluar berjalan jalan. Apabila kita masuk ke pusat membeli belah, duduk di hotel atau di kedai , kita akan berasa panas semula. Pukul 5.00 petang di sini ,keadaan sekitar sudah gelap. Aku tidak berani keluar pada waktu malam sepanjang aku berada di negara Eropah. 






No comments:

Post a Comment

Eqa wedding