Friday, December 7, 2018

Milan dan Venice

                                      
Aku meneruskan perjalanan setelah keluar dari terowong Mont Blanc . Pemandangannya sangat menarik kerana menuruni bukit jadi dapatlah melihat rumah rumah dan bangunan dari paras ketinggian bukit. Keretaku meluncur dengan laju mengikut panduan  dari gps yang telah diset terlebih dahulu  menuju ke bandar Milan. 🚘
      Aku menyewa sebuah apartmen satu bilik di Milan. Anakku akan tidur di  sofa bed di ruang tamu. Aparment ini ada  dapur dan peti sejuk serta sebuah  mesin basuh baju. Ruang dapurnya  kecil sahaja  tetapi lengkap dengan alatan memasak dan  dapur untuk memasak pula menggunakan dapur elektrik.🍅🥔🍒
       Makanan yang biasa aku masak ialah sup sayur, maggie goreng , nasi , nasi goreng dan telur dadar. Aku biasanya akan  membeli bawang, udang ,lobak , telur, salad,ubi kentang, minyak jagung atau minyak zaitun  dan lain lain barang peribadi  yang diperlukan di kedai atau pasar  raya di mana aku tinggal. Makanan ini di makan pada waktu pagi dan malam sahaja.🥬🥕
        Milan dan venice merupakan tempat yang aku pilih untuk diterokai pada kali ini . Aku ingin  menaiki gondola yang didayung oleh lelaki Itali yang memakai baju berjalur hitam. Selain itu, ingin melihat sendiri bandar Venice yang berada di atas air.  Pagi pagi lagi aku sudah bertolak dari Milan  menuju ke Venice. Pemanduan di jalan raya Milan ke Venice mencabar juga kerana aku lihat pemandu memandu dengan laju, sesuka  hati memotong jalan dan kenderaan besar seperti lori juga dipandu  di lorong kiri.🚘🚚
         Aku menaiki bas Hop In Hop Off untuk melihat bandar Milan. Kami akan turun berjalan jalan di tempat yang menarik dan akan menaiki bas itu semula di tempat yang kami turun tadi. Aku diberitahu oleh  penjual cenderamata, perkataan Milan itu merujuk kepada pasukan bola sepak mereka iaitu  FC Milan. Mereka disini menyebut bandar ini sebagai Milano.🚦

          Kalau dah sampai di Italy ni, tak sahlah kalau tak merasa makanan terkenal mereka iaitu piza dan spaghetti. Memang dari Malaysia lagi aku sudah bercita cita hendak makan piza dan spaghetti di Milano. Uhh... sedap lagi piza   dan spaghetti yang aku makan di Pizza Hut atau Domino Pizza. 🍕












No comments:

Post a Comment

Eqa wedding