Saturday, December 1, 2018

Aku suka mengembara.

Setahun sudah berlalu . Tahun 2017 merupakan kali ke empat aku mengembara ke negara negara Eropah yang terpilih . Aku bukan pergi melancong tetapi lebih kepada mengembara kerana segala urusan ke luar negara dan ketika berada di negara tersebut semuanya diuruskan sendiri. 
             Kembaraku bermula pada setiap bulan November atau Disember pada tahun berikut:
   1. ✈️ 3 Dis -23 Disember 2014 ~πŸ’‘
@Croydon,London-Rotterdam,Holland-Cologne,Frankfurt,Germany-Zurich,Engelberg, Geneva,Switzerland-Gare De LyonParis,France -Earl Court,London.
   2. ✈️ 8 Dis 2015 - 01Jan 2016~πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§
@Paddington,London-Amsterdam,Holland-Frankfurt;Munich,Germany-Luzern, Engelberg,Geneva,Switzerland-Paris,France-Croydon,Canning Town ,London
    3.✈️30 Nov -27 Disember 2016~πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ 
@Liverpool,England-Glasgow,Edinburgh, Scottland-Mancester,Earl Court,London-Brussel,Belgium-Stuttgard,Germany-Lauterbrunnen,Geneva,Switzerland-Paris,France-Victoria,Hyde Park,Heathrow.
   4. ✈️ 29 Nov-27 Disember 2017~πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘§ 
@AeroportCDG,Vincennes,Paris-Geneva,Switzerland-Milan, Venice,Italy-Interlaken,Lauterbrunnen,Zurich,Switzerland-Frankfurt,Germany-Amsterdam,Rotterdam,Holland-Cardiff ,Wales-Paddington ,London and Dubai.
             Aku dan familiku ke negara tersebut adalah untuk merasai sendiri bagaimana kehidupan di negara  itu disamping melihat sendiri tempat tempat terkenal yang menjadi sebutan ramai. 
              Sebenarnya ,tujuan aku ke luar negara adalah untuk mencari salji .Aku ingin melihat,memegang dan merasai kehebatan salji yang hanya terdapat di negara negara yang mempunyai empat musim itu. Tiga tahun aku ke luar negara , hanya tempat pergunungan di Mount Titlis dan Jungfrau sahaja yang ada salji (semasa aku berada di negara tersebut) Akhirnya pada  awal Disember 2017 , salji turun di Vincenes ,Paris iaitu di apartment yang aku duduki. Syukur alhamdulillah , gembira tidak terkata kerana impianku telah menjadi kenyataan. Itulah salah satu sebabnya aku tidak mengembara lagi ke luar negara buat pada tahun ini. Gambar ini diambil ketika aku di Bern, ibu negara Switzerland.
      
              


      

              

No comments:

Post a Comment

Eqa wedding