Selepas puas bermain dengan salji malam tadi, paginya aku keluar berjalan jalan ke kota Paris. Kawasan sekitar apartmen menjadi seperti biasa. Tiada langsung kesan kesan salji yang tinggal.
Kebiasaannya aku akan menaiki metro untuk berjalan jalan ke bandar kerana lebih mudah. Kereta akan ditinggalkan di hotel. Jika hotel tidak ada kemudahan parking, kereta akan diparkir di tepi jalan yang bermeter atau di kawasan meletak kereta berdekatan yang berbayar. Selalunya waktu malam tempat letak kereta yang bermeter adalah percuma.
Pengalamanku kali pertama melihat Eiffel Tower ( Tour Eiffel in French) adalah momen yang tidak akan aku lupakan.Turun sahaja dari metro di Bir-Hakeim, hatiku rasa berdebar debar dan jantungku berdegup kencang. Aku ingin melihatnya dengan kedua dua mataku dan memegang dengan kedua dua belah tanganku. Pertama sekali aku melihatnya , tersenyum senyum aku seorang diri dan tak berkelip kelip langsung mataku.
Aku berjalan menuju ke bahagian kanan Eiffel Tower dan memegang tapaknya sahaja kerana binaan besinya tinggi. Setelah puas bergambar dan duduk dibangku batu memerhatikan Eiffel Towel itu, aku berjalan pulang. Aku bercakap seorang diri , ‘ Selamat tinggal Eiffel Tower ’ sambil sesekali menoleh ke belakang dengan tanganku melambai lambai dari kejauhan.
Pada tahun 2016, aku berpeluang naik ke Eiffel Tower sehingga ke tingkat 2. Akhirnya, aku dapat juga memegang besi Menara Eiffel yang terkenal itu dan dikatakan sering menjadi lambang percintaan antara dua hati.
No comments:
Post a Comment