Momen terindah
Salji 1 % air, Kenangan 99%
Friday, December 14, 2018
My Journey
Aku meninggalkan Interlaken untuk ke bandar Zürich . Aku tinggal sehari sahaja di Zürich. Apartmen aku ada dua bilik dan bangunannya dibuat daripada batu berbanding di Interlaken dan Lauterbrunnen yang rumahnya kebanyakan dibuat daripada kayu. ❤️
Aku tinggal di tingkat bawah sekali, buka sahaja pintu, sudah dapat melihat dan merasai salji yang turun , sempatlah aku mengaup salji lembut yang membukit di tepi tingkap lalu memasukkannya ke dalam cawan. Nampak penuhkan cawan itu dengan salji tetapi apabila ianya mencair, anggaran suku cawan air salji sahaja yang tinggal. 💙
Aku sepatutnya ‘check out’ pada pukul 10.00 pagi tetapi salji masih turun lagi. Sepatutnya tayar kereta perlu dipasang rantai untuk mengelakkan tergelincir apabila memandu dalam salji kerana jalan akan menjadi licin. Aku pula menyewa kereta tanpa dengan rantai itu. 💛
Kami sudah lama bersiap untuk meneruskan perjalanan ke bandar Frankfurt , Jerman. Bumbung, cermin depan dan belakang kereta diselaputi oleh salji yang tebal. Jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah hari. Mahu tidak mahu, terpaksalah juga kami beredar dari apartmen ini. ❤️
Suamiku terpaksa membuang salji yang menimbun di kereta dengan menggunakan tuala mandi. Anakku, Elrin tergelak besar apabila melihat daddynya menutup kepala dengan tuala sambil mengelap salji yang tebal di kereta. Kelakar, biasanya kita mengelap kereta kerana basah oleh air atau hujan. Ini pula salji , memang pengalaman yang sangat manis buat kami sekeluarga.
Aku menjirus air di depan dan belakang cermin kereta untuk melihat jalan raya ketika memandu. 💕
Suamiku memandu dengan berhati hati kerana jalan raya basah dan licin ketika menuju ke Frankfurt. Aku lihat ada jentolak yang akan mengaup salji yang menimbun di tengah tengah jalan raya. Itulah sebabnya jalan raya akan menjadi bersih di tengah tengahnya manakala salji akan menimbun di tepi jalan. Salji yang menimbun di tepi jalan lama lama akan menjadi keras. 💝
Alhamdulillah . Perjalananku lancar. Ada sekalitu tersilap masuk jalan, terpaksa membuat ‘ u- turn ‘ Tayar keretaku ‘membuang’ ketika membuat pusingan patah balik. Aku dan anak anak sangat cemas tetapi suamiku biasa sahaja. Sepanjang perjalanan, aku melihat banyak bumbung kereta dipenuhi dengan salji yang memutih. 💖
❄️❄️SALJI 1 % AIR, 99 % KENANGAN🎭🎭
Tuesday, December 11, 2018
Momen Terindah
Interlaken, Lauterbrunnen dan Murren
Murren
Lauterbrunnen
Murren
Lauterbrunnen
Murren
Lauterbrunnen
Murren
Interlaken
Murren
Murren
Lauterbrunnen
Murren
Lauterbrunnen
Murren
Lauterbrunnen
Murren
Lauterbrunnen
Murren
Interlaken
Murren
Murren
Subscribe to:
Posts (Atom)